Naib pengerusi Transparency International Tunku_Abdul_Aziz_Ibrahim

Tunku Aziz adalah merupakan pengasas bersama dan Presiden ‘Kuala Lumpur Society for Transparency and Integrity, ‘the Malaysian Chapter of Transparency’. Beliau juga adalah Naib Presiden bagi ‘Transparency International’. Beliau dilantik oleh Setiausaha Kehormat ‘United Nations’(UN), Kofi Annan sebagai Penasihat Khas untuk ‘Establishment of the Ethics Office’ di PBB.

Tunku Abdul Aziz banyak menulis dan bercakap mengenai isu rasuah dan integriti di dalam negeri dan peringkat antarabangsa dan menerbitkan bukunya "Fighting Corruption: My Mission". Banyak negara tumbang atau musnah oleh rasuah. Rasuah akan memusnahkan kita, malahan rasuah telah memusnahkan banyak kerajaan. Tumbangnya kerajaan-kerajaan lampau adalah akibat rasuah. Contohi Lee Kuan Yew di Singapura yang berjaya memerangi rasuah. Sebelum Lee, Singapura ditadbir secara korup.

Beliau berpendapat bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) mestilah bebas , diberi kuasa menemui sesiapa saja yang disyaki terlibat dengan rasuah atau jelas hidup di luar kemampuannya. BPR mestilah mencontohi model agensi pencegah rasuah di Hong Kong. Ini akan menyebabkan orang benar-benar takut untuk melakukan rasuah.[1]

Beliau merupakan pemimpin berprofil tinggi dalam aktivisme menyokong integriti dan ketelusan bersama badan antarabangsa Transparency International.[2]